Sejarah IKM Jasin
INSTITUT KEMAHIRAN MARA MELAKA telah ditubuhkan pada tahun 1968, di Jalan Hang Tuah Melaka, adalah merupakan IKM yang pertama di Malaysia. Pada masa itu IKM Melaka hanya menjalankan kursus-kursus dalam bidang Mekanikal dan Automotif sahaja sebagai permulaan.
Pada tahun 1984 IKM Melaka telah dipindahkan ke Jasin di Bangunan baru yang ada sekarang dengan kemudahan infrastruktur yang lebih lengkap.
Dengan kemudahan yang ada dan pertambahan bilangan staf, jumlah kursus-kursus yang ditawarkan telah dipertingkatkan menjadikan 9 jenis kursus sehingga kini. Kursus Kejuruteraan Badan Dan Enjin Pesawat merupakan kursus baru yang mula beroperasi pada Januari 1997 adalah satu-satunya kursus seumpamanya dijalankan oleh MARA.
Kursus-Kursus Yang Ditawarkan